SYARAT DAN KEISTIMEWAAN PENGEDAR SAH EMAS KAJANG TRADING

TERMA DAN SYARAT MENDAFTAR SEBAGAI PENGEDAR EMAS KAJANG TRADING

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan:-

1. Introducer/Pengenalan
2. Satu salinan kad pengenalan
3. Dua keping gambar ukuran passport
4. Salinan bil elektrik/air/telefon kediaman terkini.
5. Bayaran Yuran pendaftaran Seumur Hidup RM500 Sahaja..


TERMA DAN SYARAT PENGEDAR SAH.

1. PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan nama Emas Kajang Trading atau resit yang dikeluarkan oleh Emas Kajang Trading untuk menjual selain daripada produk yang dikeluarkan oleh Emas Kajang Trading.

2. PENGEDAR tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan yang menganjurkan SKIM pelaburan emas yang menyalahi Akta Syarikat, Akta BAFIA, AMLA, Akta Suruhanjaya sekuriti serta Undang-undang Malaysia.

3. PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan nama Emas Kajang Trading atau resit yang dikeluarkan oleh Emas Kajang Trading untuk membeli emas curi/disyaki diperolehi secara haram.

4. PENGEDAR tidak dibenarkan mengambil bayaran pendaftaran/deposit tempahan/wang pendahuluan tempahan/bayaran penuh tempahan daripada pelanggan. Bayaran tersebut hendaklah terus dimasukkan ke akaun Emas Kajang Trading.

5. PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan Logo Emas Kajang Trading /nama Emas Kajang Trading/resit Emas Kajang Trading/ untuk tujuan promosi tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pengurusan Emas Kajang Trading.

6. Sekiranya didapati PENGEDAR melanggar salah satu syarat di atas, Pihak Emas Kajang Trading berhak menarik balik pelantikan PENGEDAR tersebut tanpa sebarang notis.

7. Pihak Emas Kajang Trading TIDAK akan bertanggungjawab di atas salahlaku PENGEDAR yang melanggar undang-undang Malaysia.Sebarang tindakan undang-undang adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh PENGEDAR.

8. Penarikan diri sebagai PENGEDAR: Pihak Emas Kajang Trading berhak untuk tidak akan memulangkan semula bayaran perkhidmatan,dan kos penghantaran jika PENGEDAR ingin menarik diri sebagai PENGEDAR sah Emas Kajang Trading tanpa alasan yang munasabah.

9. Pihak Emas Kajang Trading tidak akan bertanggungjawab di atas segala tuntutan daripada pihak ketiga/pelanggan dan pihak Emas Kajang Trading hanya berurusan dgn PENGEDAR sah sahaja. Semua tuntutan adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh PENGEDAR.

10. PENGEDAR hendaklah menjaga nama baik Emas Kajang Trading pada setiap masa.

11. Pihak Emas Kajang Trading berhak mengubah terma dan syarat pengedar pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.


TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN (Sila Baca Bersama Panduan Tempahan)

1) Pihak Emas Kajang Trading berhak untuk menolak tempahan emas yang dibuat tanpa deposit dan bayaran penuh mestilah dibuat dibuat dalam tempoh 24 jam.

2) Tempahan yang dibatalkan oleh pengedar akan dikenakan denda sebanyak 5% daripada harga Emas dan akaun pengedar akan disenaraihitamkan.

3) Pihak Emas Kajang Trading berhak mengubah terma dan syarat tempahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

FAEDAH MENJADI PENGEDAR :

1) MEMBELI EMAS DENGAN HARGA TERENDAH.

Pengedar sah Emas Kajang Trading mempunyai keistimewaan untuk membeli emas dgn harga Pengedar (DP)
Contoh :-

HARGA R.T 999/916 :
Harga Pengedar (DP) : RM174.11/g ( Tolak 3% Daripada Harga Pelangan)
Harga Pelanggan (CP): RM179.50/g

HARGA JONGKONG EMAS PAMP SUISSE :
Harga Pengedar (DP) : RM172.00, ( Tolak Rm3.00 Daripada Harga Pelangan)
Harga Pelanggan (CP): RM175.00

HARGA JONGKONG 916 (EKT)
Harga Pengedar (DP) : RM170.00, ( Tolak Rm5.00 Daripada Harga Pelangan)
Harga Pelanggan (CP): RM175.00

2) MODAL TUNAI UNTUK MEMBELI SEMULA PRODUK YANG TELAH DI JUAL & EMAS TERPAKAI

Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada Emas Kajang Trading jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak Emas Kajang Trading akan menghantar wang tunai kepada pengedar (Tertakluk Kepada Terma Dan Syarat Semasa)

3) MODAL TUNAI UNTUK MEMBELI EMAS TERPAKAI :-

Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh Emas Kajang Trading. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak Emas Kajang Trading. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada Emas Kajang Trading jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak Emas Kajang Trading akan menghantar wang tunai kepada pengedar (Tertakluk Kepada Terma Dan Syarat Semasa)

EMAS KAJANG TRADING MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN DENGAN KOS YANG MINIMUM SEPERTI :

1) Menilai Harga Emas Terpakai (percuma).
2) Kursus Usahawan Emas (percuma).
3) Insentif Pengedar (dealer get dealer).

Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
1) Komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
2) Komisyen RM1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan 916 sahaja) Pamp S.A tiada komisyen diberi.

CONTOH INSENTIF DEALER GET DEALER :

Azam memperkenalkan Sham sebagai pengedar maka Azam mendapat komisyen RM100.00

Contoh insentif pembelian:

Sham membeli 500g rantai tangan 999. Azam mendapat komisyen RM500.

Jika Sham pula memperkenalkan Halim sebagai pengedar, hanya Sham sahaja mendapat komisyen, Azam tidak dapat sebarang komisyen. Azam hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Sham sahaja.

INSENTIF BULANAN :

Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak Emas Kajang Trading akan memberikan tambahan insentive RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.

Contoh: 10 orang x RM100 = RM1000.00

Pihak Emas Kajang Trading berhak mengubah syarat dan keistimewaan pengedar pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

TERMA DAN SYARAT PENGHANTARAN :

1) Penghantaran produk terus kepada PENGEDAR adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak Emas Kajang Trading. Jika berlaku kehilangan sewaktu penghantaran, produk tersebut akan diganti dan semua kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Emas Kajang Trading.

2) Penghantaran produk terus kepada PELANGGAN seperti yang diarahkan oleh Pengedar adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh Pengedar. Jika berlaku kehilangan sewaktu penghantaran Produk tersebut akan diganti dan semua kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh pengedar.

3) Pihak Emas Kajang Trading berhak mengubah terma dan syarat penghantaran pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

KOS PENGHANTARAN TERUS KE TANGAN PENGEDAR.

1) Bagi tempahan 200gram keatas (TIADA CAJ) penghantaran di kenakan
(semenanjung malaysia SAHAJA)

2) Bagi tempahan 200gram ke bawah :-
Lembah kelang : RM50.00 sahaja
Luar lembah kelang : RM150.00 sahaja

PENAFIAN :

Syarikat Emas Kajang Trading hanya menjalankan perniagaan jual beli emas SAHAJA dan Tidak menjalankan sebarang skim pelaburan emas ,Skim Piramid, Multi Level Marketing (MLM) dan sebarang bentuk aktiviti perniagaan yang menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA dan BAFIA. Emas Kajang Trading tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak sekiranya pengedar Emas Kajang Trading menyalahgunakan resit atau nama Emas Kajang Trading untuk membuat program atau skim pelaburan emas atau sebarang aktiviti yg menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA, BAFIA dan undang-undang Malaysia. Emas Kajang Trading tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan yang dibuat melalui Resit yang dikeluarkan oleh Pengedar.

Setuju Dengan Syarat Syarat Diatas?